Selasa, 7 Disember 2010

maal hijrah

satu muharam detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah


atas keyakinan dan iman yg teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban harta dan  nyawa
demi menegakkan islam tercinta


hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan..


oleh itu mari semua
kita sambut maal hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar ISLAM untuk sepanjang zaman..


setiap kali sambutan maal hijrah pastinya lagu ini yg akan berkumandang di stesen radio mahupun tv..
dan berakhirnya satu tahun yg bagi saya penuh dengan liku2 kehidupan yg penuh pahit...ujian untuk tahun 1431 amat perit sekali untuk dirasai dalam hati mahupun dengan pancaindera..tapi syukur tuhan masih memberikan kelapangan untuk setiap masalah yg bertimpa2..mungkin tuhan ingin kita sebagai manusia tahu bahawa kita ini hanyalah hambaNya yg lemah..kita yg seringkali lalai dengan dunia yg ternyata hanyalah sebuah persinggahan yg tak kekal..kita terlupa kepada kematian yg semakin hari semakin menjenguk datang..sy sendiri terlalu alpa dengan kehidupan dan terlalu alpa dengan masalah yg tuhan berikan sehinggakan satu perasaaan putus asa terbit dalam diri..tapi sebagai manusia biasa, tuhan sentiasa memberikan ruang kepada kita untuk merasai satu perasaan insaf yg semakin pudar dalam diri..satu sokongan yg kuat diperlukan dari rakan2 islam yg mungkin akan membantu bercambahnya satu iman yg semakin pudar layu...iman yg semakin ditakluki oleh dunia..iman yg satu ketika dulu terlalu manis sangat dirasai kini semakin tiada dalam diri dan semakin tersaa kehilangan sebuah iman..semoga kawan2 sekalian membantu memberikan nasihat dan ilmu agama yg mungkin akan membuatkan iman kembali manis untuk dirasai..

salam maal hijrah 1432..semoga tahun baru hijrah ini memberikan sejuta kehidupan yg penuh bermakna..

Tiada ulasan: