Jumaat, 6 Mei 2011

11 JENIS MANUSIA YANG DIDOAKAN MALAIKAT

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi... masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

# 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

# 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

# 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

# 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

# 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

# 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

# 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

# 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

# 9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

# 10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

# 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama..
 

TUGAS-TUGAS ANAK SYAITAN

Sudah menjadi dasar syaitan mengganggu dan menggoda keturunan Nabi Adam a.s bukan sahaja syaitan yang melakukannya tetapi begitulah juga halnya dengan anak-anak syaitan. Mereka (anak-anak syaitan) ini sememangnya mahir dalam menjalankan tugas-tugas mereka mengganggu dan menggoda manusia. Anak-anak syaitan yang diberi tugas dan tempat pekerjaan mere...ka berlainan diantara satu sama laun. Anak syaitan lima semuanya dan nama mereka ialah Tsabr,Al A'war,Miswath,Dasim dan Zaknabur.

TSABR
Tsabr adalah anak syaitan yang ditugaskan membawa maksiat,kesusahan dan kesedihan hati kepada manusia. Kiranya ada yang mendapat musibat. Tsabr pasti tiba serta membisikkan mereka yang berkenaan itu supaya melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan seperti membunuh diri kerana tidak tertanggung berat musibat itu. Sekecil-kecil bisikan pun Tsabr menyuruh mereka itu melompat dengan tidak menentu sambil mengoyakkan pakaian yang dipakai,memukul pipi atau mengetu kepala sendiri dengan penuh kekesalan. Bagi mereka yang sedang menghadapi kekecewaan,merana kelukaan hati kerana kehilangan sesuatu yang disayangi,Tsabr akan menghubungkan hati mereka kepada kesayangan itu. Seseorang ibu yang kematian anak yang satu-satunya akan meratapi siang dan amalam hingga lupa makan, lupa kewajipan,lupa pada suami dan lama kelamaan akan hilang akal lalu jadi gila atau setidak-tidaknya kurang daya ingatan (nyanyuk). Begitulah tugas Tsabr menggoda manusia dan membawa musibat dan kebinasaan.

AL-A'WAR
Al-A'war ialah anak syaitan yang kedua ini picing matanya sebelah atau lebih tepat lagi erti Al-Awar itu buta sebelah matanya. Tugasnya pula menyebarkan perzinaan dan perbuatan nista dan keji. Apabila seseorang itu telah dibisikkan supaya masuk kedalam penzinaan,susah hendak keluar balik. Sama ada perempuan,lelaki yang masih bujang mahupun sudah bersuami atau beristeri. Sesiapa yang terbabit itu memanglah sesuai dikatakan buta sebelah matanya seperti Al-Awar. Seorang suami yang mempunyai isteri yang cantik boleh ditipu oleh Al-Awar sehingga suami itu menjadi tertarik kepada orang gaji mereka yang tidak secantik isterinya. Begitu juga yang brelaku kepada isteri yang mempunyai suami yang gagah didalam aspek batin akan tertarik kepada pemandu dan tukang kebun lantaran bisikan Al-Awar. Dihiasi dengan kebaikan,keseronokan apabila melakukan perzinaan itu.

MISWATH
Miswath tugasnya ialah menyebarkan dakyah yang tentunya dusta,khabar angin serta berita yang bohong semata-mata mahukan manusia menjadi kalut dan kacau bilau. Lebih-lebih lagi mengenai berita seharian atau berita yang menakutkan dan menggemparkan. Terlalu banyak manusia rugi dan melarat kerana percayakan berita bohong. Miswath akan menyampaikan berita bohong kepada seseorang yang dijumpainya apabila dia dengar bohong. Miswath bukan hanya membisikkan kehati seseorang manusia tetapi menjelma menyamar sebagai manusia semata-mata mahu menjahanamkan umat manusia sejagat. Miswath ertinya pengadun yang dibuat daripada kayu atau lainnya digunakan untuk mengadun. Oleh itu sesuai jugalah nama Miswath itu sebagai mengadun (mengocak) masyarakat yang sedang tenang damai menjadi kacau bilau dengan berita-berita bohong.

DASIM
Dasim ertinya menutup dan mengunci yang kotor dan kusut. Tugas Dasim ialah mengganggu rumahtangga supaya suami marah kepada isteri dan sebaliknya atau bapa marah kepada ahli keluarga itu dan dibakar hati mereka yang berkenaan supaya panas dan marah serta benci kepada suami isteri atau ahli keluarga. Ini namanya marah dengan tiba-tiba kerana tiba saja seseorang itu meradang kepada ahli keluarganya. Marah yang datang dengan tiba-tiba ini selalunya menjadi sengit dan seperti marah yang dipendamkan atau dengan tiba-tiba. Ahli rumah yang mendengar atau melihat kemarahan dengan tiba-tiba itu biasanya tidak mahu menerima dengan begitu saja tanpa membela diri,sama ada anak-anak mahupun siisteri. Apabila ini berlaku maka pertengakaran hebat akan terjadi. Sekiranya si bapa mengeluarkan sepuluh perkataan dalam marahnya itu,ahli rumah akan mengeluarkan seratus perkataan bagi membela diri. Jika dijawab lagi tentu masing-masing pihak akan bertambah sengit yang akhirnya menjadi perang mulut. Syaitan Dasim memerhati sambil membakar hati manusia terus menerus. Jika dengan perang mulut tidak dapat diselesaikan, biasanya berpindah menjadi pergelutan,tumbuk menumbuk,tampar menampar. Itulah tugas atau kerja Dasim.

ZAKNABUR
Zaknabur anak syaitan yang kelima ini ditugaskan untuk mengadu domba antara pedagang dengan pembeli. Dia akan memancangkan benderanya dipasar untuk menarik minat atau perhatian orang ramai kepadanya. Dibisikkan kehati peniaga-peniaga supaya berlaku curang dalam sukatan,timbangan dan hitungan. Tambahan pula Zaknabur akan membisikkan sipa peniaga memastikan barangannya yang tidak elok supaya dicampur-kan kedalam yang elok supaya tidak kelihatan dan menjualkannya kepada pembeli demi untuk mengaut keuntungan yang lebih serta banyak. Begitulah Zaknabur mengajarkan kecurangan kepada pedagang. Bagaimana pula dengan pembeli? Kepada pembelinya pula diajar supaya berhutang apa lagi yang sudah menjadi langganan. Kemudian Zaknabur membisikkan supaya hutang piutang itu jangan dibayar. Gaduh,bising,kacau bilau terjadi dipasar itu,ini menandakan usaha Syaitan Zaknabur telah terhasil.

Tugas-tugas yang dijalankan oleh kelima-lima anak Syaitan itu adalah tugas utama mereka dan mereka tidak menjalankan sendirian untuk menyesatkan umat manusia. Mereka mengguna-kan pembantu-pembantu mereka yang menjalan-kan tugas masing-masing melalui arahan mereka berlima. Diterangkan mengenai anak-anak syaitan ini bukanlah bertujuan untuk mengingati namanya saja tetapi memberi peringatan tentang Syaitan dan tugas-tugas mereka yang telah diberikan oleh Iblis kepada mereka. Semoga kita sentiasa berwaspada selalu dan tidak menjadikan Syaitan itu berkuasa membisikkan kehati kita lalu mengikut ataupun mentaatinya tanpa sedar. Firman Allah SWT ertinya: "Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya kedalam hati manusia (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia." (Surah An-Nass 4.5 dan6)
"maka , nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"

Cabaran sebagai seorang Muslimah

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
... komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jek sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita x pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?
See More